Wednesday, August 1, 2007

I am strong, when I am on your shoulders



Oh tidak bermakna lagi bagi diriku,setiap kali ku bertanya itu lah jawapannya..sukar untuk digambarkan tapi itu lah dia realiti kehidupan,aku sayang dirimu kerana didalam hati dan jiwa..tapi aku silap memberikan sepenuhnya kepada mu.Mungkin dimasa itu kau berada didalam keadaan sendiri,dan aku orang yang memberi kegembiraan,tetapi ku silap ianya hanyalah sementara.Tidak mahu aku mengambarkan kepahitan ini dimasa akan datang,aku tidak sanggup berkongsi kasih sayang bersama "best friend" bagi mu.Biarlah aku menghadapi kepahitan kesengsaraan buat masa ini bukanya keraguaan lagi dimasa hadapan,bagimu tidak seberapa..tapi bagi ku ianya amat menyakitkan,pernah kau terfikir seketika apabila ianya berlaku didalam diri mu.. tiada siapa yang meminta,mungkin kita hanya ditakdirkan hanya seketika untuk bermesra,berkawan buat selamanya..aku terima segalanya dengan hati yang terbuka walaupun sedih untuk meninggalkan mu sayang.Aku hanya insan yang lemah tidak dapat menerima dirimu sebegitu.Dia ialah pilihan hidupmu yang terbaik,dan yakinkan dirinya sebaik mungkin..perasaan tidak boleh dia buat mainan..

Sampai disini sahaja cinta kita wahai teman yang kuharapkan untuk menemani hidup aku,tapi dikesampaian.Yang terbaik hanyalah dirinya untuk dirimu..perasaannya mendalam masih ada didalam dirinya..yakinkan dia wahai sayang,kamu berdua ditakdirkan untuk hidup bersama,biarlah aku melangkah jauh sekarang daripada aku menunggu dengan penuh penyeksaan.."Ya Allah kuatkan semangat hambamu ini".

Aku berdoa agar dia milikmu senantiasa,tanpa kau bersedih lagi.Yakinkan dirinya,aku sanggup berkorban demi kamu berdua,berkorban demi kawan yang ku sayangi yang tidak siapa tahu.Biarlah kesakitan ini rahsia didalam diriku.Semoga kau dan dia dapat bertemu dah bersama hingga ke akhir hayat.

Aku bukan untuk mu..be strong to my own self.

Posted by paopao at 7:26 PM

0 comments